PARLIMEN MALAYSIA, 18 Januari – YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara (YPDN) hari menerima kunjungan hormat TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia di pejabatnya, di sini bermula jam 11.30 pagi.
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara bersalaman dengan TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia pada awal kunjungan hormat.
Pertemuan ini merupakan kunjungan perpisahan TYT Herman Prayitno yang bakal menamatkan tugas beliau sebagai Duta Besar Republik Indonesia pada 31 Januari ini.
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara berbincang sesuatu dengan TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia semasa pertemuan berkenaan di pejabatnya.
TYT Herman Prayitno yang bertugas sejak November 2012 berharap penggantinya TYT Rusdi Kirana, Duta Besar Republik Indonesia yang baharu dapat meneruskan kerjasama erat di antara kedua-dua negara.
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara menerima cenderamata kenang-kenangan daripada TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia.
Sementara itu, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran berkata beliau akan meminta Presiden Majlis Senator Malaysia untuk berjumpa dengan Duta Besar Republik Indonesia yang baharu selepas beliau memulakan tugas bagi meneruskan keakraban dan silaturahim kedua-dua negara.
YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara menyampaikan cenderamata Parlimen Malaysia kepada TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia pada akhir kunjungan hormat.
Kunjungan hormat tamat kira-kira jam 12 tengah hari.