AKNAN ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 15 Disember – YB Senator Tuan Aknan a/l Ehtook, Presiden Persatuan Buddha Selangor hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara buat pertama kali di Dewan Negara, di sini.
 

YB Senator Tuan Aknan a/l Ehtook mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Upacara berkenaan berlangsung di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

YB Senator Tuan Aknan, 54, berasal dari Tumpat, Kelantan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun (satu penggal).

Beliau yang juga bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Industri Sawit dan Sagu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) itu juga adalah Penasihat Dewan Perniagaan Bumiputera Siam.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan itu, YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran mengingatkan Ahli-ahli Dewan Negara supaya memahami, menghayati, mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara.

Beliau berkata, Ahli-ahli Dewan Negara perlu menjiwai dua dokumen penting iaitu Perlembagaan Negara dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

“Dokumen tersebut adalah nadi Parlimen yang perlu sentiasa dijadikan panduan dalam urusan mesyuarat,” katanya.

 

YB Senator Tuan Aknan a/l Ehtook menandatangani sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan YB Senator Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara.

Sementara itu, YB Senator Tuan Aknan dalam satu temubual berkata, pelantikannya itu adalah penghargaan besar kepada masyarakat Siam di negara ini.

Beliau berkata, pelbagai isu akan diketengahkan yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat Siam sejajar dengan hasrat negara untuk mencapai negara maju.

“Ini kerana masih ramai masyarakat Siam khususnya di luar bandar yang menghadapi pelbagai masalah antaranya infrastruktur, ekonomi dan pendidikan,” katanya.

Kemaskini terakhir pada: 4 Januari 2017 | Hits: 23418

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my