Pegawai-pegawai kanan setiap bahagian Parlimen Malaysia merakam gambar bersama Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (dari tengah), YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, turut serta, Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg Datuk Roosme bt Hamzah selepas bengkel tamat di Bilik Jamuan, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Januari – Telah berlangsung Bengkel Pembentangan Pencapaian SKT 2017 dan Penetapan SKT 2018 oleh bahgaian-bahagian yang terlibat bertempat di Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Bengkel Pembentangan ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan setiap bahagian dan program tersebut disempurnakan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia. Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Roosme bt Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat serta YBrs. Tn. Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir, Parlimen Malaysia memberi kata-kata aluan kepada pegawai-pegawai kanan setiap bahagian di Bilik Jamuan, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Kemaskini terakhir pada: 13 Februari 2018 | Hits: 14971