E-PRS BANTU AHLI PARLIMEN JALANKAN TUGAS DENGAN EFISIEN
control 1control 2control 3

KUALA LUMPUR, 15 Julai  -- Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan (BPP) Parlimen Malaysia membangunkan satu sistem pengurusan pengetahuan yang dikenali sebagai sistem e-Perkhidmatan Penyelidikan Parlimen (e-PRS) untuk kemudahan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Setiausahanya, Norlizawaty Abdu Samad, berkata sistem e-PRS menyediakan perkhidmatan permohonan untuk penyelidikan, permohonan statistik dan data terkini, permohonan analisis berkaitan isu-isu semasa dan lain-lain maklumat yang boleh membantu Ahli Parlimen ketika perbahasan dewan.

"Sebelum ini, bagi perkhidmatan ini, borang manual digunakan...dengan sistem baharu, borang dalam talian digunakan untuk memohon maklumat atau data dan ia akan dipenuhi dalam masa tiga hari," katanya ketika prapelancaran sistem itu di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Prapelancaran itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga menjadi Ahli Parlimen (Kota Bahru) paling awal memulakan langkah menggunakan sistem berkenaan.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Kamis Samin.

Sementara itu, memperincikan lebih lanjut mengenai sistem berkenaan, Norlizawaty berkata Ahli Parlimen perlu mengimbas Kod QR yang disediakan untuk memulakan proses pengaktifan sistem e-PRS.

Katanya, sistem e-PRS merupakan medium utama penyampaian maklumat kepada Ahli Parlimen bagi membantu tugasan mereka dengan lebih berkesan.

Beliau berkata pentadbir sistem mempunyai modul khas bagi mengurus dan mengemas kini sistem e-PRS dari semasa ke semasa mengikut keperluan. -- BERNAMA


Last updated: 17 July 2020 | Hits: 1314

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Last Updated: 27/03/2024.
Best viewed 1024 x 768 with Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Copyright Reserved Parliament of Malaysia
Page generated in 0.032 seconds v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my