Back to list | WARGA PARLIMEN SERTAI PROGRAM DERMA DARAH
📆 18 Julai 2017 (Selasa)
📍 Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur
Program Derma Darah anjuran bersama Biro Kebajikan, Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KESPA) dan Pusat Darah Negara.
Seramai 20 warga Parlimen hadir memberikan komitmen sebagai penderma darah.
Program ini bertujuan untuk membantu menambah simpanan tabung darah Pusat Darah Negara bagi kegunaan hospital-hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan.
Selain itu, program ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran warga Parlimen tentang pentingnya darah yang didermakan terutama dalam membantu menyelamatkan nyawa seseorang.