📆 18 & 19 Julai 2017 (Selasa dan Rabu)
📍 Dewan Rakyat Sementara, Parlimen Malaysia
Parlimen Mahasiswa 2017 selesai bersidang dengan penyertaan seramai 212 orang mahasiswa daripada 20 Universiti Awam (UA) dan 6 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Program tahunan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Parlimen Malaysia ini bertujuan untuk mendedahkan para mahasiswa pengalaman berbahas dan melontarkan pandangan di dalam dewan Parlimen sebenar.
Dua isu yang disentuh sepanjang dua hari persidangan adalah berkaitan Mereka Bentuk Pendidikan Tinggi (Redesigning Higher Education) dan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Ucapan penggulungan sepenuhnya disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.