Jawatankuasa Pemilih-Dewan Rakyat
control 1control 2control 3

Jawatankuasa Pemilih-Dewan Rakyat

Jawatankuasa Pemilih akan dilantik pada awal tiap-tiap Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat. Jawatankuasa Pemilih ini juga menjalankan perkara lain yang diserahkan kepadanya dari satu masa ke satu masa.

Jawatankuasa Pemilih terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, dan enam orang ahli Majlis yang dipilih oleh Majlis. Jawatankuasa Pemilih hendaklah memaklumkan kepada Majlis apabila seseorang ahli menjadi ahli sesebuah Jawatankuasa dengan mengeluarkan satu penyata. Jawatankuasa Pemilih tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika Majlis memberi kuasa untuk berbuat demikian.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pemilih Parlimen Kelima belas:

Pengerusi

  Yang Berhormat Tan Sri Dato' Johari bin Abdul 
Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Setiausaha
  Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin
Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Pemilih

Ahli
1 Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ahli Parlimen Petra Jaya / Timbalan Perdana Menteri
 
2 Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Seremban
 
3 Yang Berhormat Tuan Mohd Rafizi bin Ramli
Ahli Parlimen Pandan
 
4 Yang Berhormat Dato' Sri Azalina binti Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang
 
5 Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Ahli Parlimen Larut / Ketua Pembangkang
 
6 Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Ahli Parlimen Kota Bharu
 

Kemaskini terakhir pada: 22 Ogos 2023 | Hits: 56650

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my