Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.
Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.
Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.
Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Kelima Belas
Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)
Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat |
1 | Yang Berhormat Tuan Haji Manndzri Bin Nasib Ahli Parlimen Tenggara |
---|---|
2 | Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen Ahli Parlimen Selayang |
3 | Yang Berhormat Tuan Roy Angau Anak Gingkoi Ahli Parlimen Lubok Antu |
4 | Yang Berhormat Tuan Ramkarpal Singh Ahli Parlimen Bukit Gelugor |
5 | Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin Ahli Parlimen Masjid Tanah |
6 | Yang Berhormat Dato' Mumtaz binti Md Nawi Ahli Parlimen Tumpat |
Kemaskini terakhir pada: 15 Oktober 2024 | Hits: 51598