Special Select Committee on Nation Building, Education and Human Resources Development
Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh sembilan (9) Ahli Dewan Rakyat termasuk seorang Pengerusi.
Tempoh perkhidmatan Jawatankuasa ini berkuat kuasa mulai tarikh perintah Majlis sehingga tamat tempoh Parlimen ke-15 atau sehingga Jawatankuasa ini dibubarkan mengikut perintah Majlis, mengikut mana yang terdahulu.
a) Jawatankuasa ini berfungsi untuk -
i) meneliti rang undang-undang yang telah dibawa untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat berkaitan dengan pembinaan negara bangsa, pendidikan dan pembangunan sumber manusia di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi di bawahnya;

ii) meneliti usul, rang undang-undang persendirian, petisyen dan laporan yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa, pendidikan dan pembangunan sumber manusia di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi di bawahnya;

iii) menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembinaan negara bangsa, pendidikan dan pembangunan sumber manusia di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi di bawahnya; atau

iv) melaksanakan apa-apa perkara  yang diserahkan kepadanya oleh Menteri atau Majlis.
 b) apa-apa perkara yang dibincangkan di perenggan (a) tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Peraturan Mesyuarat 83(2) memperuntukkan kuasa kepada Jawatankuasa ini untuk memanggil mana-mana orang termasuklah orang yang mempunyai kepakaran dan kemahiran hadir di hadapannya atau meminta dikeluarkan dokumen atau maklumat dari satu masa ke satu masa bagi maksud melaksanakan segala fungsinya sebagaimana yang dinyatakan dalam Terma Rujukan di atas.
Peraturan Mesyuarat 86 memperuntukkan supaya Jawatankuasa ini menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa ini yang mengandungi syor-syor yang berkaitan dan penyata Jawatankuasa ini hendaklah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat.
Sekiranya timbul apa-apa perkara berbangkit dalam penjalanan mesyuarat Jawatankuasa ini termasuk perkara berhubung kuasa memanggil orang hadir di hadapan Jawatankuasa ini atau meminta dikeluarkan dokumen atau maklumat yang berkaitan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan wajar dari semasa ke semasa dan arahan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tersebut adalah muktamad.