Kenyataan Media Berkenaan Halatuju Penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

       BERKENAAN HALATUJU PENUBUHAN

     SURUHANJAYA KANAK-KANAK

 

       JAWATANKUASA PILIHAN KHAS WANITA,

      KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

      PARLIMEN KE-15

 

 

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2023 – Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (pindaan) 2023 yang akan dibentang oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pada hari Rabu, 29 November 2023 bagi memperkasakan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (Office of the Children’s Commissioner, OCC).

 

Pada 18 Januari 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak (SKK) sebagai badan bebas yang dapat memelihara, memperkasa dan memantau hak kanak-kanak di Malaysia. Sehubungan dengan itu, pada 16 September 2023, Kabinet telah memutuskan bahawa OCC di bawah SUHAKAM diperkasakan melalui Akta SUHAKAM sebagai langkah awal ke arah menjadikan SKK satu badan bebas.

 

JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah mengadakan dua prosiding berkenaan halatuju penubuhan SKK pada 2 November 2023 dan
23 November 2023 dengan pihak-pihak berkenaan.

Tiga orang ahli Jawatankuasa ini juga telah mengikuti lawatan kerja anjuran BHEUU ke SKK New Zealand dan OCC Australia pada 25 Ogos 2023 hingga 2 September 2023 seperti berikut:

  1. Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail (Ahli Parlimen Ampang) merangkap ketua delegasi JKPK;
  2. Yang Berhormat Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Ahli Parlimen Tumpat); dan
  3. Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali (Ahli Parlimen Kapar).

 

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa berpendapat bahawa pindaan Akta SUHAKAM yang dibentang oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) adalah satu langkah penting ke arah mengangkat kesejahteraan, kebajikan dan kepentingan kanak-kanak.

 

Antara pindaan utama adalah seperti berikut:

  1. pelantikan tambahan Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK) iaitu sekurang-kurangnya 3 PKK sepenuh masa; dan
  2. mewujudkan peruntukan khusus di dalam Akta SUHAKAM mengenai hak kanak-kanak kepada penyertaan dan hak kanak-kanak untuk berkomunikasi secara langsung dengan PKK. 

 

Jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa OCC telah mengemukakan beberapa permohonan seperti berikut:

  1. Pelantikan sekurang-kurangnya 20 kakitangan tambahan untuk menangani isu 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia; dan
  2. Pembiayaan yang mencukupi iaitu dengan bajet sebanyak RM3.2 juta sebagai permulaan (peruntukan kini adalah sebanyak RM687,857 setahun).

 

Jawatankuasa ini bersetuju dan menyokong penuh permohonan OCC seperti di atas.

Dengan itu, Jawatankuasa ini menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang, untuk menyokong pindaan Akta SUHAKAM yang dibentang oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Seterusnya, semua pihak di Kerajaan Madani perlu memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan OCC.

 

Justeru, Jawatankuasa ini berharap agar usaha memperkasa OCC diteruskan sehingga boleh menjadi satu badan bebas SKK yang dapat memelihara, memperkasa dan memantau hak kanak-kanak yang merupakan generasi masa depan Malaysia.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Puchong) – merangkap Pengerusi

Yang Berhormat Dato' Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Ahli Parlimen Rantau Panjang)

Yang Berhormat Puan Syerleena binti Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera)

Yang Berhormat Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Ahli Parlimen Batang Lupar)
Yang Berhormat Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Ahli Parlimen Tumpat)

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail (Ahli Parlimen Ampang)

Yang Berhormat Datuk Wetrom bin Bahanda (Ahli Parlimen Kota Marudu)

Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir (Ahli Parlimen Libaran)

Yang Berhormat Dr. Hajah Halimah Ali (Ahli Parlimen Kapar)

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 29 November 2023 | Hits: 614

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my