Kenyataan Media Berkenaan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Manusia Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

         KENYATAAN MEDIA  

    BERKENAAN PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PENGGAL KEDUA 
PARLIMEN KELIMA BELAS


 

     JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PEMBINAAN NEGARA BANGSA, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

     PARLIMEN KE-15
 

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2024 - Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia telah membentangkan Penyata Jawatankuasa (D.R. 7 Tahun 2024) pada 25 Mac 2024. Penyata ini terdiri daripada lima bahagian dan penumpuan diberikan pada Bahagian IV (Penelitian dan Syor Jawatankuasa, halaman 73-83). Penyata ini merupakan rangkuman hasil Mesyuarat JKPK Bilangan 1 sehingga 7 bagi Penggal Kedua (Tahun 2023). Penyata ini juga boleh didapati melalui laman web Parlimen Malaysia.

Pada tahun 2023, Jawatankuasa telah mengadakan tujuh Mesyuarat bersama Kementerian, Jabatan dan Persatuan yang terlibat adalah seperti berikut:

  1. fungsi, tugas dan isu-isu utama bagi Kementerian dan Jabatan berikut:
    • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
    • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT);
    • Kementerian Perpaduan Negara (KPN);
    • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA);
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); dan
    • Jabatan Komunikasi Komuniti
  1. sesi libat urus bagi isu pembayaran Perintah Gaji Minimum (PGM) dan pemberian kontrak kerajaan melibatkan pihak seperti berikut:
    • Persatuan Kontraktor Kerbersihan dan Bekalan Bermasak Malaysia (PKKBBM);
    • KPM;
    • KESUMA;
    • Kementerian Kewangan; dan
    • Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK)
  2. garis panduan pembayaran elaun kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang menjalani latihan industri di bawah agensi berikut:
    • KPM;
    • KPT;
    • KESUMA; dan
    • Kementerian Belia dan Sukan.
  3. isu pemerdagangan manusia oleh:
    • KESUMA; dan
    • Kementerian Dalam Negeri
  4. isu perkembangan teknologi digital oleh:
    • Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC);
    • MyDIGITAL Corporation;
    • KPM;
    • KPT; dan
    • KESUMA


Secara keseluruhannya, Jawatankuasa telah meneliti pembentangan oleh Kementerian dan Jabatan. Berdasarkan pembentangan tersebut, Jawatankuasa telah meminta Kementerian mengemukakan maklumat tambahan seperti di lampiran penyata.

Jawatankuasa juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi pada 18 Mac 2024 (Isnin) yang tertumpu kepada lima perkara berkaitan pendidikan tinggi negara, seperti berikut:
  1. Reformasi pendidikan;
  2. Konsolidasi institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET);
  3. Pemberatan kokurikulum dalam pengiraan markah kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam;
  4. Kebolehpasaran graduan; dan
  5. Pengkomersilan hasil penyelidikan dan pembangunan Institut Pengajian Tinggi.


Jawatankuasa juga akan mengadakan perbincangan bersama Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia dan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia dalam masa terdekat.

Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dengan mengemukakan pandangan serta cadangan yang berkaitan sepanjang pelaksanaan mesyuarat.
Saya juga ingin berterima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa ini yang telah memberikan komitmen sepenuhnya serta mengemukakan pertanyaan dan pandangan yang bernas semasa mesyuarat dijalankan.
Jawatankuasa akan terus memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada eksekutif dalam meneliti semua dasar Kementerian yang berkaitan dan membincangkan isu semasa.


Kemaskini terakhir pada: 26 Mac 2024 | Hits: 379

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my