Kenyataan Media Berkenaan Penyata Kondisi Penjara-Penjara Di Malaysia Oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYATA KONDISI PENJARA-PENJARA DI MALAYSIA OLEH JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAK ASASI MANUSIA, PILIHAN RAYA DAN REFORMASI INSTITUSI

 

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Kelimabelas.

 

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah membentangkan Penyata berkenaan Kondisi Penjara-Penjara di Malaysia di Dewan Rakyat pada selasa, 28 November 2023. Penyata ini adalah berdasarkan daripada 2 prosiding yang telah dijalankan termasuk satu lawatan kerja di 2 buah penjara iaitu Penjara Seberang Perai (penjara baharu) dan Penjara Reman  Pulau Pinang (penjara pre-war).

Dari aspek hak asasi manusia,  isu penjara merupakan isu pertama yang telah dipilih dan diangkat bagi prosiding pertama Jawatankuasa ini. Berdasarkan penyata yang dibentangkan, Jawatankuasa ini telah memberikan syor-syor bagi penambahbaikan penjara usang dan penjara pre-war di Malaysia.


Jawatankuasa ini menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak antaranya Ahli-Ahli Jawatankuasa ini, ex-officio dari Jabatan Peguam Malaysia (AGC), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara Malaysia, Penjara Reman Pulau Pinang serta Penjara Seberang Perai.

Jawatankuasa turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan antaranya Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), CSO-Platform for Reform dan Centre for Excellence for Research in AIDS (CERiA) berhubung prosiding ini.


Jawatankuasa ini juga akan meneliti isu layanan ke atas banduan dan isu-isu berbangkit yang lain dengan lebih mendalam. Jawatankuasa ini juga menyambut baik usaha-usaha reformasi penjara ke arah pusat ketamadunan manusia oleh KDN dan Jabatan Penjara Malaysia.

Dari sudut reformasi institusi, Jawatankuasa ini sedang memuktamadkan penyata berkenaan prosedur not-to-land (NTL) dan penambahbaikan undang-undang sedia ada serta  akan membentangkan penyata pada sidang Dewan Rakyat yang berikutnya.


Selain itu, Jawatankuasa ini juga turut mengadakan 2 prosiding berkenaan pemisahan peranan Peguam Negara serta Pendakwa Raya yang melibatkan taklimat dari  Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) – Pendanaan Politik di Malaysia, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Integriti, Governans & Anti Rasuah (IGAR), Badan Peguam Malaysia (Malaysian Bar), Persatuan Undang-Undang Sabah dan Advocates Association of Sarawak. Jawatankuasa ini akan mengadakan lagi 3 prosiding terakhir sebelum memuktamadkan penyata.


Jawatankuasa ini juga sedang meneliti RUU pendanaan politik yang telah dirujuk oleh Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan akan turut meneliti isu kewarganegaraan, isu pilihan raya dan isu berbangkit yang lain pada prosiding berikutnya.

Selaras dengan fungsi dan penubuhannya sebagai Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat, Jawatankuasa ini akan terus memainkan peranannya sebagai salah satu cabang legislatif semak dan imbang dalam pentadbiran negara ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

YB Tuan William Leong Jee Keen

Ahli Parlimen Selayang

Pengerusi,

JKPK Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 29 November 2023 | Hits: 622

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my