KENYATAAN MEDIA OLEH YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

  

      KENYATAAN MEDIA      

KEKOSONGAN LUAR JANGKA KERUSI DEWAN RAKYAT KAWASAN P.161 PULAI, JOHOR


Dengan in dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, Johor telah meninggal dunia pada hari Ahad, 23 Julai 2023.

Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.161 Pulai, Johor dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia bahawa ada kekosongan.

Di kesempatan ini, bagi pihak Parlimen Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin bin Ayub dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh di sisi Allah Subhanahu Wataala.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
25 Julai 2023

 

 


Kemaskini terakhir pada: 25 Julai 2023 | Hits: 1329

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my