Kenyataan Media Lawatan Rasmi Tyt Kim Jinpyo, Speaker Of The Korean National Assembly Ke Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA - LAWATAN RASMI TYT KIM JINPYO, SPEAKER OF THE KOREAN NATIONAL ASSEMBLY KE PARLIMEN MALAYSIA, 9 – 13 SEPTEMBER 2023
 

KUALA LUMPUR, 11 September 2023: Tuan Yang Terutama (TYT) Kim Jinpyo, Speaker Parlimen Republik Korea Selatan mengadakan lawatan rasmi ke Parlimen Malaysia dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan mesra antara 2 buah negara Malaysia dan Republik Korea Selatan. Lawatan rasmi bermula dari 9 hingga 13 September 2023 untuk mengadakan perbincangan penting di antara kedua-dua negara.

Pada 9 September 2023, TYT Kim Jinpyo dan delegasinya telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1 dan disambut oleh YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada jam 2:00 petang. TYT bersama delegasi dibawa melawat ke Menara Berkembar Petronas, KLCC.

Pada 10 September 2023, TYT Kim Jinpyo dan delegasinya meluangkan masa untuk mengenali sejarah Malaysia dengan melawat Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka Bandaraya Bersejarah. Selain itu, beliau turut mengambil peluang untuk menjelajahi destinasi popular seperti Kota A 'Famosa, Bukit Melaka, Muzium Sejarah dan Etnografi serta Dutch Square/Red Square.

Pada hari ini, 11 September 2023, TYT Kim Jinpyo tiba di Kompleks Parlimen dan disambut oleh YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Puan Lavinia Vyveganathan, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Protokol, dan Encik Azarul Zaman bin Eliah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Keselamatan. Seterusnya, TYT Kim Jinpyo dan delegasinya menghadiri dan menyaksikan mesyuarat khas Dewan Rakyat Parlimen Malaysia ke-15 sempena pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK12).

TYT Kim Jinpyo dan delegasinya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Utama, Parlimen Malaysia. Turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, beberapa Ahli Berhormat Dewan Negara, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia serta Setiausaha Dewan Negara bersama delegasi Korea Selatan. Pada sesi petang pula, TYT Kim Jinpyo mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tan Sri Dato' Johari Bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan mengadakan perbincangan dua hala. Jemputan makan malam yang dihoskan oleh YB Tan Sri Dato' Johari Bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat akan diadakan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur pada jam 8:00 malam.

Semoga hubungan persahabatan antara Malaysia dan Republik Korea Selatan ini akan terus diperkukuh dan terpelihara pada masa yang akan datang.


BAHAGIAN KOMUNIKASI
PARLIMEN MALAYSIA
03-2603 6804


Kemaskini terakhir pada: 11 September 2023 | Hits: 770

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my