Kenyataan Media Majlis Perpisahan & ‘Clock Out’ Ybhg Datuk Nor Yahati Awang Sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia Yang Ke-6
control 1control 2control 3
      
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 
 


       

      KENYATAAN MEDIA
 

                        MAJLIS PERPISAHAN & ‘CLOCK OUT’ YBHG DATUK NOR YAHATI AWANG SEBAGAI KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA YANG KE-6


 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2023 -- Majlis perpisahan dan 'clock out' yang penuh bermakna telah diadakan bagi menghormati YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang ke-6. Majlis ini telah berlangsung di Lobi Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran Parlimen Malaysia.

 

YBhg. Datuk Nor Yahati Awang memulakan tugas beliau sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia pada 4 Januari 2021 dan telah melaksanakan tugas dengan penuh komitmen hingga 10 Ogos 2023. Beliau melakar sejarah menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM).

 

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, YBhg. Datuk Nor Yahati telah memainkan peranan yang penting apabila menghadapi cabaran dan merintis langkah-langkah baharu demi kesinambungan operasi Parlimen sewaktu pandemik COVID-19. Beliau telah memperkenalkan kerangka kerja dan peraturan baharu dalam memastikan kelancaran Parlimen dan keberkesanan pentadbiran dalam mengharungi situasi pandemik.

 

Antara pencapaian penting beliau ialah kejayaan dalam menyatukan semua warga Parlimen menjadi satu pasukan yang utuh. Beliau turut mengusahakan Hari Terbuka Parlimen Malaysia dalam skala sederhana pada tahun 2022 dan skala besar pada Mei 2023 lalu.

 

YBhg. Datuk Nor Yahati Awang sentiasa menggalakkan budaya kerja yang telus, berintegriti, dan berfokus kepada perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat dan negara. Beliau mendorong kakitangan Parlimen untuk terus memelihara keunggulan dan sentiasa menjunjung tinggi maruah dan martabat Parlimen Malaysia sebagai institusi tertinggi badan legislatif negara.

 

Semua warga Parlimen ingin merakamkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Nor Yahati Awang atas perkhidmatan beliau. Semoga beliau terus berjaya dalam perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang akan berkuat kuasa pada 14 Ogos 2023 di Institut Integriti Malaysia (IIM).

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

PARLIMEN MALAYSIA

11 OGOS 2023


Kemaskini terakhir pada: 11 Ogos 2023 | Hits: 942

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my