Kenyataan Media Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup Dan Pertanian Bil. 6 Tahun 2023 Mengenai Program Payung RAHMAH.
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

Kenyataan Media – Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Bil. 6 Tahun 2023 mengenai Program Payung RAHMAH.

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Parlimen Kelima Belas telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian Bil. 6 Tahun 2023 pada hari Selasa, 12 September 2023 bagi mendengar taklimat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai Program Payung RAHMAH. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa iaitu :-

1) YB Tuan Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah) selaku Pengerusi Jawatankuasa ini;

2) YB Tuan Edwin anak Banta (Ahli Parlimen Selangau);

3) YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan (Ahli Parlimen Keningau);

4) YB Tuan Manndzri bin Nasib (Ahli Parlimen Tenggara);

5) YB Tuan Tan Kar Hing (Ahli Parlimen Gopeng);

6) YB Tuan Hassan bin Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang);

7) YB Dato’ Rosol bin Wahid (Ahli Parlimen Hulu Terengganu); dan

8) YB Datuk Muslimin bin Yahaya (Ahli Parlimen Sungai Besar).

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Hajah Fuziah binti Salleh bersama wakil-wakil daripada KPDN.

Skop pembentangan YB Timbalan Menteri KPDN adalah mengenai Program Payung RAHMAH yang meliputi inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Menu RAHMAH;
  2. Jualan RAHMAH;
  3. Pakej RAHMAH;
  4. Bakul RAHMAH;
  5. Menu Siswa RAHMAH; dan
  6. Bazar Ramadhan RAHMAH.

Antara syor Jawatankuasa termasuk meningkatkan peruntukan Program Jualan RAHMAH bagi tahun 2024 yang boleh membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.

Jawatankuasa ini juga menyambut baik inisiatif Kad Insentif Menu RAHMAH kepada peniaga Menu RAHMAH yang dapat membeli bahan mentah dengan harga yang lebih murah dan langkah ini dipercayai boleh menggalakkan lebih ramai peniaga terlibat dalam menyediakan Menu RAHMAH.

Jawatankuasa ini juga mengesyorkan agar KPDN melibatkan lebih ramai peniaga tempatan untuk terlibat dalam program Jualan RAHMAH supaya lebih ramai peniaga kecil mendapat peluang perniagaan.

Akhir sekali, Jawatankuasa ini juga merakamkan penghargaan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang memperkenalkan Program Payung RAHMAH dan berharap pihak KPDN meneruskan Program Payung RAHMAH ini di masa akan datang.

 

Sekian, terima kasih.


Kemaskini terakhir pada: 13 September 2023 | Hits: 1158

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my