KENYATAAN MEDIA NILAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA PERLU LEBIH MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI NEGARA MELALUI KAJIAN AKADEMIK BERSASAR DAN PENCARIAN ILMU DAN PENGETAHUAN YANG KOMPREHENSIF
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 KENYATAAN MEDIA
OLEH
YANG Dl-PERTUA DEWAN NEGARA

NILAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA PERLU LEBIH MEMENUHI KEPERLUAN INDUSTRI NEGARA MELALUI KAJIAN AKADEMIK BERSASAR DAN

PENCARIAN ILMU DAN PENGETAHUAN YANG KOMPREHENSIF

 

16 Julai 2023, Kuala Lumpur – Saya berpendapat bahawa nilai pendidikan di Malaysia perlu ditambahbaik dengan menyasarkan kepada keperluan industri negara menerusi kajian akademik dan pencarian ilmu dan pengetahuan yang lebih komprehensif dan meliputi ilmu-ilmu dan nilai pendidikan tokoh sarjana Islam agar seimbang dengan nilai pendidikan sedia ada yang dicerap daripada sistem pendidikan Barat dan Eropah.

 

  1. Sistem pendidikan di Malaysia bermula zaman kedatangan penjajah banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai dan ideologi Barat dan Eropah yang juga telah dianggap sebagai yang terbaik sementara ilmu dan nilai pendidikan ilmu Islam yang dibawa sebelum zaman penjajahan kolonial telah semakin pudar. 

 

  1. Saya ingin menyarankan agar ilmu pendidikan daripada tokoh sarjana Islam daripada abad yang lebih awal seperti Ibnu Khaldun dan Ibnu Sina turut diterapkan bersama ilmu pendidikan Islam yang sedia ada seperti bimbingan Fardhu Ain dan Feqah. Pendedahan kepada tokoh sarjana ilmu pendidikan Islam ini adalah juga bersekali dengan nilai-nilai Islam yang telah membawa pemerintahan Islam kepada zaman kegemilangan daripada segi ekonomi, pendidikan, teknologi dan kemakmuran rakyat secara amnya. 

 

  1. Pembaharuan di dalam sistem pendidikan Malaysia ini perlu diperimbangkan agar sistem demokrasi dan keamanan negara ini mencapai tahap kegemilangan tamadun Islam pada abad yang lalu dan pembaharuan di tahap persekolahan ini akan menetapkan haluan kepada anak-anak sekolah yang bakal menerajui negara ini pada masa akan datang.

 

 

TAN SRI DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Yang di-Pertua Dewan Negara

16 Julai 2023

 

Pertanyaan media:

1. Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar

Tel: 012 – 393 5075
No rujukan: PAR/YPDN/AM.23 (02)

 


Kemaskini terakhir pada: 17 Julai 2023 | Hits: 871

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my