Kenyataan Media Oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 KENYATAAN MEDIA
OLEH
YANG Dl-PERTUA DEWAN RAKYAT


Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang Di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima suatu surat bertarikh 13 Julai 2023 daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang memaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah berlaku kekosongan Iuar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.036 Kuala Terengganu mulai 13 Julai 2023. Ini berikutan penyandang jawatan Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed@Hashim telah tidak mengemukakan rayuan yang berakhir pada 11 Julai 2023 selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pihak Mahkamah Persekutuan susulan daripada keputusan Hakim Pilihan Raya pada 27 Jun 2023 yang mengisytiharkan pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal. Mahkamah Tinggi juga pada 11 Julai 2023 telah mengeluarkan Perakuan mengisytiharkan bahawa pilihan raya umum bagi kawasan Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 November 2022 adalah terbatal. Sehubungan itu, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kekosongan berkenaan.

Sekian, Terima Kasih.

 


Kemaskini terakhir pada: 14 Julai 2023 | Hits: 919

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my