KENYATAAN MEDIA
OLEH
YB DATO' RAMLI BIN DATO MOHD' NOR TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT I AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS
KUALA BETIS, 24 JANUARI - YB Dato' Ramii bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat I telah diundang oleh Jabatan Kemajuaan Orang Asli (JAKOA) ke Majlis Perjumpaan Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan yang bertujuan bagi memperolehi informasi berkaitan pemasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli tempatan.
- Pada sesi tersebut kepimpinan masyarakat Orang Asli yang terdiri daripada Penghulu dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Keselamatan Kampung Orang Asli (JPPKOA) telah membangkitkan isu ekonomi (pendapatan dividen) penduduk setempat di Ladang Tanaman Semula Komersial (TSK) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Asli Kuala Betis, Gua Musang selain isu ketirisan dan kecurian buah kelapa sawit yang dilaporkan adalah serius di Ladang TSK.
- YB Dato' Ramli juga berpandangan perkara ini merupakan salah satu sabotaj terhadap ekonomi masyarakat Orang Asli dan menyarankan isu tersebut perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Saranan kepada pihak kontraktor yang terlibat iaitu RISDA Plantation Sendirian Berhad dan pihak JAKOA untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut. Jika terdapat terbukti, tindakan perundangan akan diambil dengan sewajarnya.
- Selain itu, YB Dato' Ramli turut menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat apabila penjenayah tersebut berjaya ditangkap dan didakwa dimahkamah.
JALAN PARLIMEN, 50680 KUALA LUMPUR
Tel.: 03-26017398 / 03-20261850 Fax : 03-20201770