Kenyataan Media Prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa Dan Perdagangan Antarabangsa bagi Siasatan Terhadap Isu-isu Berkaitan Penutupan Kilang Goodyear di Shah Alam
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

Prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa Dan Perdagangan Antarabangsa bagi Siasatan Terhadap Isu-isu Berkaitan Penutupan Kilang Goodyear di Shah Alam

 

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Perhubungan Antarabangsa Dan Perdagangan Antarabangsa pada Khamis, 21 Mac 2024 telah mengadakan satu prosiding dan dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa iaitu :-

  1. YB Tuan Wong Chen (Subang) – Pengerusi
  2. YB Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan)
  3. YB Tuan Lee Chuan How (Ipoh Timor)
  4. YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan (Sri Gading)
  5. YB Tuan Chong Zhemin (Kampar)
  6. YB Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail (Kubang Pasu)
  7. YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang)


Wakil tetap (ex-officio) daripada kementerian berikut turut hadir:

 

i. Kementerian Luar Negeri (KLN)

ii. Kementerian Ekonomi (KE)

iii. Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI)

 

Prosiding ini bertujuan membincangkan berkenaan isu-isu berikut:

  1. penutupan operasi syarikat-syarikat antarabangsa seperti Goodyear di Malaysia
  2. faktor pemilihan pelaburan di Malaysia dan kebaikan pelaburan terhadap ekonomi negara.

 

Prosiding tersebut dibahagikan kepada dua sesi. Bagi sesi pertama, Jawatankuasa ini telah memanggil wakil daripada MITI bagi memberikan penerangan terhadap hal-hal yang berkaitan perkara berikut:-

  1. status semasa penutupan kilang Goodyear dan langkah serta strategi membantu pekerja yang terjejas akibat penutupan kilang
  2. risiko syarikat-syarikat seperti Goodyear, Panasonic dan Western Digital meninggalkan Malaysia dan memindah operasi ke Vietnam
  3. faktor-faktor menarik pelaburan ke Malaysia

 

Untuk memberikan pandangan lebih luas berkaitan dengan FDI di Malaysia, sesi kedua prosiding ini telah memanggil:

  1. AT&S
  2. Profesor Geoffrey Williams
  3. Puan Khor Yu Leng

 

Jawatankuasa berpandangan penutupan Syarikat Tayar & Getah Goodyear telah memberi kesan kepada kira-kira 550 orang pekerja dan penutupan kilang Goodyear menimbulkan persoalan tentang landskap pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia pada masa kini.

Selain menangani kebimbangan berkaitan penutupan Goodyear, sesi prosiding ini juga telah membuka peluang kepada Jawatankuasa untuk menyemak daya tarikan ekonomi Malaysia kepada pelabur dan memastikan pertumbuhan, kemampanan dan ketahanan ekonomi negara.

Jawatankuasa akan menyediakan penyata dan mengemukakan syor-syor supaya dapat membina persekitaran perniagaan yang lebih kondusif untuk pertumbuhan ekonomi mampan di Malaysia. Jawatankuasa komited untuk memainkan peranan sebagai mekanisme semak dan imbang (check and balance) kepada badan eksekutif.


Kemaskini terakhir pada: 26 Mac 2024 | Hits: 352

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my