KENYATAAN MEDIA PROSIDING KEDUA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAK ASASI MANUSIA, PILIHAN RAYA DAN REFORMASI INSTITUSI PARLIMEN KELIMA BELAS BAGI SIASATAN TERHADAP ISU-ISU BERKAITAN DENGAN UNDANG-UNDANG IMIGRAN-IMIGRAN LARANGAN SEPERTI YANG TERMAKTUB DI BAWAH
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

  

      KENYATAAN MEDIA      

Prosiding Kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Kelima Belas bagi Siasatan Terhadap Isu-Isu Berkaitan dengan Undang-Undang Imigran-Imigran Larangan Seperti yang Termaktub di Bawah  Akta Imigresen (1959/63) (Akta 155) dan proses-proses Not-To-Land.

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen Kelima Belas telah menjalankan prosiding kedua pada Rabu, 26 Julai 2023 bagi menyiasat isu-isu berkaitan dengan undang-undang imigran-imigran larangan seperti yang termaktub di bawah Akta Imigresen (1959/63) (Akta 155) dan proses-proses Not-To-Land. Prosiding kedua ini telah dihadiri oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa iaitu :-

  1) YB Tuan William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang) selaku Pengerusi Jawatankuasa ini;

          2) YB Tuan Khoo Poay Tiong (Ahli Parlimen Kota Melaka);

          3) YB Dato’ Sri Richard Riot Anak Jaem (Ahli Parlimen Serian); dan

          4) YB Tuan Zahari bin Kechik (Ahli Parlimen Jeli).

Prosiding tersebut dibahagikan kepada dua sesi. Bagi sesi pertama, Jawatankuasa ini telah memanggil wakil daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memberikan penerangan terhadap hal-hal yang berkaitan perkara berikut:-

 1) Piawaian dan kelaziman antarabangsa (international standard) bagi proses serta pengendalian Not-To-Land;

 2) Kesahihan pelantikan syarikat swasta dalam mengendalikan proses Not-To-Land; dan

 3) Tanggungjawab sesebuah syarikat penerbangan untuk menghantar balik mereka yang dikenakan notis Not-To-Land.

Dalam sesi kedua prosiding ini, Jawatankuasa ini telah memanggil wakil daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memberikan penerangan berkenaan perkara berikut:-

         1) Fakta-fakta berkaitan dengan kejadian di KLIA pada khamis, 29 Jun 2023;

         2) Proses serta tatacara pengendalian mereka yang dikenakan notis Not-To-Land;

3) Pelantikan syarikat swasta dalam mengendalikan mereka yang dikenakan notis Not-To-Land;

4) Kekangan kepada polisi imigran-imigran terlarang serta sistem pengendalian proses Not-To-Land; dan

5) Cadangan kepada penambahbaikan kepada undang-undang atau pindaan kepada Akta Imigresen (Akta 155) serta sistem sedia ada.

Kesemua asas-asas ini penting bagi membentuk kefahaman menyeluruh berkaitan dengan isu sedia ada dan seterusnya merangka syor-syor kepada Kerajaan berkaitan penambahbaikan sistem serta undang-undang sedia ada.

Segala maklumat dalam kedua-dua sesi prosiding ini akan seterusnya dikaji dengan mengambil pandangan yang menyeluruh sebelum penyata yang mengandungi syor-syor berteraskan keseluruhan sistem, pengendalian imigran-imigran larangan, proses Not-To-Land serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Akhir sekali, Jawatankuasa ini menegaskan bahawa tujuan utama siasatan ini dijalankan adalah untuk memahami kekangan kepada undang-undang sedia ada dan memberikan cadangan kepada Kerajaan berkaitan penambahbaikan undang-undang atau pindaan kepada Akta Imigresen (Akta 155) khususnya Seksyen 8 Akta tersebut berkaitan imigran-imigran larangan dan Pengendalian proses Not-To-Land.

Selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, Jawatankuasa ini tidak akan sama sesekali menyentuh atau campur tangan dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).          

 

Sekian, terima kasih.

 

 


Kemaskini terakhir pada: 27 Julai 2023 | Hits: 1231

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my