Kenyataan Media Prosiding Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE)
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

 

Prosiding Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE)

  1. Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini, selesai mengadakan prosiding keempat bagi isu Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE).
  2. Hadir bagi memberi keterangan dan penjelasan pada hari ini adalah YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Kang Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, YBhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min, mantan KSU KKM, YBrs. Encik Mohd Fauzee bin Abd Majid, Setiausaha Bahagian (Perolehan dan Penswastaan) KKM yang mewakili YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg. Dato’ Farshila Emran, mantan Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad.
  3. PAC berpuas hati dengan kerjasama semua saksi dan akan memasukkan keterangan serta penjelasan kesemua saksi bagi prosiding ini dalam Laporan PAC berhubung isu ini untuk dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat.
 

Prosiding Menteri Kewangan (Diperbadankan) – FELCRA Berhad

  1. PAC telah mendengar keterangan dan penjelasan daripada 2 mantan Pengerusi FELCRA Berhad iaitu YBhg. Dato’ Haji Tajuddin bin Abdul Rahman dan Yang Berhormat Datuk Bung Mokhtar bin Raden pada 18 September 2023 berhubung isu FELCRA Berhad yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.
  2. Namun, PAC akan mengadakan prosiding seterusnya bagi isu ini bagi mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada YBhg. Dato’ Dr. Mohmad Isa bin Hussain, mantan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan syarikat WZR Group iaitu kontraktor Menara Semarak 20 milik FELCRA Berhad sebelum memuktamadkan laporan mengenai perkara ini.

 

Pembentangan 4 Laporan PAC Pada Mesyuarat Ketiga

  1. PAC akan membentangkan 4 laporan pada Mesyuarat Ketiga, yang akan diadakan dari 9 Oktober 2023 sehingga 30 November 2023, iaitu:

 

  1. Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (ditetapkan tarikh pembentangan pada 11 Oktober 2023);
  2. Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan bagi Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 (ditetapkan tarikh pembentangan pada 9 Oktober 2023);
  1. Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment (PPE) (akan ditetapkan tarikh kemudian); dan
  2. Laporan Menteri Kewangan (Diperbadankan) – FELCRA Berhad (akan ditetapkan tarikh kemudian).

 

  1. PAC berpuas hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh kesemua saksi yang terlibat dengan pelbagai prosiding PAC.

 

Lawatan Kerja Rasmi Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama PAC berhubung Kemajuan Projek Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS)

  1. Untuk makluman, PAC akan mengadakan lawatan kerja rasmi bersama Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul pada 5 Oktober 2023.
  2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pencerahan kepada YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, berhubung laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – Littoral Combatant Ship (LCS) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan bagi Tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga.
  3. Sehubungan itu, PAC berharap YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul mempertimbangkan supaya Laporan PAC berhubung Kemajuan Projek Pembinaan LCS dibahaskan di Dewan Rakyat selepas dibentangkan.
 


Sekian, terima kasih.

YB Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin Pengerusi PAC Parlimen


Kemaskini terakhir pada: 21 September 2023 | Hits: 904

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my