Kenyataan Media YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim Menyerahkan Surat Cara Pelantikan Kepada Lima Ahli Baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR)
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 


YAB PERDANA MENTERI, DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM MENYERAHKAN SURAT CARA PELANTIKAN KEPADA LIMA AHLI BAHARU JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH (JKMR)

 

28 November 2023, Kuala Lumpur – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hari ini menyerahkan surat cara pelantikan bagi ahli sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Seramai lima (5) ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) telah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 9 Oktober 2023 hingga 8 Oktober 2026.

Pelantikan tersebut adalah atas nasihat YAB Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

JKMR terdiri daripada tujuh (7) orang ahli. Dua (2) daripadanya masih dalam tempoh lantikan yang mana merupakan Ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Tuan Ir. Md. Nasir Hashim dan Ahli Dewan Rakyat YB Tuan Hassan bin Abdul Karim. Kesemua yang dilantik adalah terdiri daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mewakili parti kerajaan dan parti pembangkang.

 

Ahli-ahli JKMR yang baharu terdiri daripada:
1. YB Senator Tan Sri Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
    Yang di-Pertua Ahli Dewan Negara;
2. YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
    Ahli Dewan Rakyat;

3. YB Tuan Mohd Shafizan Haji Kepli
     Ahli Dewan Rakyat;
4. YB Tuan Lo Su Fui 
    
Ahli Dewan Rakyat;
 dan
5. YB Puan Young Syefura binti Othman
     Ahli Dewan Rakyat.


Ahli JKMR berperanan untuk menasihati Perdana Menteri mengenai pelbagai aspek masalah rasuah dalam negara dan memeriksa Laporan Tahunan SPRM.


Selain itu, JKMR juga dikehendaki memeriksa ulasan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tentang perjalanan oleh suruhanjaya ini akan fungsi di bawah Akta SPRM 2009 dan mendapatkan penjelasan mengenai Laporan Tahunan SPRM serta ulasan LPPR.

Semoga dengan pelantikan ahli JKMR dapat membantu memenuhi harapan masyarakat terhadap kebebasan, kecekapan, keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti suruhanjaya ini dalam penunaian fungsi-fungsinya.

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

28 November 2023

Pertanyaan media:

Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar

Tel: +6012 – 393 5075 / Email: norhayati@parlimen.gov.my No rujukan: PAR/YPDN/AM.23 (18)

 

 


Kemaskini terakhir pada: 28 November 2023 | Hits: 761

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my