KENYATAAN MEDIA YANG BERHORMAT SENATOR DATUK MUTANG TAGAL DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA YANG KE-20
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA
      PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

    YANG BERHORMAT SENATOR DATUK MUTANG TAGAL DIPILIH MENJADI
     YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA YANG KE-20


19 Februari 2024, Kuala Lumpur – YB Senator Datuk Mutang Tagal hari ini telah dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-20 untuk tempoh selama tiga (3) tahun. Terdahulu beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh 3 tahun bermula 15 Februari 2024 sehingga 14 Februari 2027. Lantikan beliau adalah merupakan lantikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim.

 

  1. YB Senator Datuk Mutang Tagal merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak yang telah berkhidmat pada tahun 1982 hingga 1990 dan mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan. Latar belakang dan maklumat peribadi beliau adalah seperti di lampiran.

 

  1. Berikut adalah akaun media sosial rasmi YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara untuk orang ramai dan rakan media mendapatkan maklumat terkini dan semasa:


       Facebook : @ Datuk Mutang Tagal
       Instagram : @ datukmutangtagal

       X (Twitter) : @ MutangTagal
     
Laman web : www.parlimen.gov.my


PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

19 Februari 2024

Pertanyaan Media:

Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar

Tel: +6012 – 393 5075 / Email: norhayati@parlimen.gov.my Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (21)

   

 


Kemaskini terakhir pada: 19 Februari 2024 | Hits: 556

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my