Kenyatan Media Yang Di-Pertua Dewan Negara Terima Kunjungan Hormat Daripada Duta Palestin Ke Malaysia Di Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      KENYATAAN MEDIA

     YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA PALESTIN KE MALAYSIA DI PARLIMEN MALAYSIA

 

23 October 2023, Kuala Lumpur – Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh Duta Palestin ke Malaysia, H.E Walid A.M. Abuali di pejabat saya di Parlimen Malaysia.

 

  1. Di dalam pertemuan ini, saya mengesahkan sokongan Malaysia kepada Palestin di dalam perjuangan pembebasan mereka daripada pendudukan Israel serta pendirian diplomatik Malaysia untuk mengekalkan hak terus berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk sayap politik Hamas bagi mencari penyelesaian segera terhadap konflik semasa. Saya turut menyatakan pendirian Malaysia yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosida dan kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin.

 

  1. Berdasarkan penerangan oleh H.E Walid A.M. Abuali, amat jelas bahawa matlamat utama kekejaman genosida ini adalah untuk menghalau seluruh rakyat Palestin keluar daripada Gaza, bermula daripada halauan daripada Utara Gaza ke Selatan Gaza yang sudah penuh dan akhirnya rakyat Palestin akan dipaksa keluar daripada sempadan perbatasan ke kawasan negara Mesir. Oleh itu saya menyeru pihak antarabangsa terutamanya kuasa Barat dan Eropah untuk menunjukkan perikemanusiaan dan mengambil tindakan segera dan drastic bagi menghentikan kekejaman genosida yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin ini.

 

  1. Saya juga menyeru pihak media untuk memberikan laporan yang lebih adil yang reflektif kepada keadaan semasa di Gaza. Naratif semasa di sesetengah media bahawa tindakan ketenteraan Israel adalah mensasarkan Hamas adalah tidak tepat kerana mangsa yang terkorban dan cedera adalah orang awam dan kanak-kanak yang bukan sebahagian daripada tentera Hamas.

 

  1. Di dalam pertemuan ini, H.E Walid A.M. Abuali merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan di atas bantuan dan sokongan Kerajaan Malaysia, YAB Perdana Menteri Malaysia dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya kepada Gaza dan rakyat Palestin. Beliau juga berharap sokongan, bantuan dan hubungan baik ini akan diteruskan pada masa hadapan.

 

  1. Saya turut mengesahkan pendirian Malaysia tidak akan berhenti berjuang untuk hak-hak Palestin berdasarkan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa di mana Palestin telah mempunyai hak yang sah dan sah sejak tahun 1947 seperti berikut:
    1. untuk hidup dalam keamanan dan harmoni di tanah mereka,
    2. untuk mendapatkan semula tanah yang dirampas dan diambil secara haram oleh rejim Israel sejak tahun 1948,
    3. hak untuk menubuhkan negara Palestin merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan Pra- 1967 dengan BaitulMaqdis sebagai ibu negara.

 

 

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

23 Oktober 2023

Pertanyaan Media:

Norhayati Abd Manaf, Setiausaha Akhbar

Tel: +6012 – 393 5075 / Email: norhayati@parlimen.gov.my Ref No: PAR/YPDN/AM.23 (12)


Kemaskini terakhir pada: 23 Oktober 2023 | Hits: 788

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my