Kenyataan Media Oleh Yang Berhormat Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali Bin Haji Mohamad
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 


YANG BERHORMAT SENATOR DATO' SRI DR. HAJI MOHAMAD ALI BIN HAJI MOHAMAD
 

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (Jkpk Ksj)

Penipuan Dalam Talian: Jenayah Komersial Utama Negara
 

1 . Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSj), Majlis Mesyuarat Dewan Negara telah membentangkan sebuah penyata berkenaan Isu Penipuan Dalam Talian: Jenayah Komersial Utama Negara dalam Majlis Mesyuarat Dewan Negara, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas           pada hari Khamis, 6 April 2023.

  1. JKPK KSj yang ditubuhkan pada 25 Oktober 2021 melalui satu usul yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Dewan Negara di bawah Peraturan 74 dan Peraturan 75, Peraturanperaturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara melihat isu penipuan dalam talian sebagai isu utama yang perlu diteliti dan diberi perhatian untuk ditangani dengan berkesan dan segera demi kesejahteraan rakyat.
  2. Bagi memastikan JKPK KSj mendapatkan gambaran tepat berkenaan isu ini, JKPK KSj telah memanggil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) untuk memberi maklumat berhubung tindakan dan perancangan mereka dalam menangani isu ini. Untuk menjadikan dapatan penyata JKPK KSj lebih komprehensif, JKPK KSj turut memanggil beberapa Persatuan-persatuan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendapatkan pandangan dan cadangan untuk menangani isu penipuan dalam talian.
  3. Melalui hasil prosiding dan lawatan kerja JKPK KSj yang telah dilakukan, dapatan utama JKPK KSj berhubung isu ini ialah:
           Sepanjang tempoh 4 tahun yang lalu, kes jenayah siber menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan dengan melibatkan mangsa yang terlalu banyak;
    1. Jumlah kerugian daripada jenayah siber yang dicatatkan adalah hampir mencecah RM

500 juta setiap tahun; dan

    1. Kesedaran masyarakat yang rendah terhadap modus operandi jenayah penipuan dalam talian mengakibatkan mereka mudah terdedah dan terpedaya terhadap jenayah ini.
 
  1. Selaras dengan fungsi dan terma rujukan Jawatankuasa ini, syor utama berhubung isu penipuan dalam talian adalah seperti berikut:
           Mengesyorkan pihak Kementerian seperti KDN, KKD, dan KPDN serta agensiagensi berkaitan yang lain untuk terus memperkukuhkan kerjasama dan penyelarasan dalam melaksanakan undang-undang dalam usaha untuk membanteras kegiatan jenayah scam;
    1. Mengesyorkan pihak Kerajaan supaya menambah baik akta-akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Keterangan 1950, Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta mengkaji keperluan untuk mewujudkan akta baharu supaya hukuman yang lebih berat dapat dikenakan ke atas penjenayah scammer;
    2. Mengesyorkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik fasilit dan menaik taraf teknologi yang digunakan bagi melancarkan proses siasatan serta meningkatkan kadar tangkapan dan pendakwaan;
    3. Mengesyorkan Kementerian Komunikasi dan Digital supaya merangka satu garis panduan yang jelas berkaitan tanggungjawab semua syarikat yang mengumpul dan memproses data dan maklumat peribadi pengguna; dan
    4. Mengesyorkan Kementerian Kewangan supaya meningkatkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan audit keselamatan terhadap infrastruktur dan sistem ICT serta menaik taraf sistem keselamatan siber negara dan aplikasi-aplikasi Kerajaan.
  1. JKPK KSj amat berharap agar syor-syor yang telah dibentangkan dalam penyata ini dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab agar memastikan isu penipuan dalam talian ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera dan seterusnya dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan kehidupan seharian seluruh rakyat Malaysia.
  2. Maklumat lanjut mengenai Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat, Majlis Mesyuarat Dewan Negara yang telah dibentangkan kepada Majlis Dewan Negara boleh diakses melalui portal Parlimen di www.parlimen.qov.my.

SENATOR DATO' SRI DR. HAJI MOHAMAD ALI BIN HAJI MOHAMAD
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara I

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Majlis Mesyuarat Dewan Negara
10 April 2023


Maklumat tambahan mengenai JKPK KSi

Keanggotaan JKPK KSj:

YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad (Pengerusi); (ii) YB Senator Datuk (Dr.) Ras Adiba binti Mohd Radzi (Timbalan Pengerusi); (iii) YB Senator Datuk Paul Igai;

  1. YB Senator Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip;
  2. YB Senator Tuan Seruandi bin Saad;
  3. YB Senator Datuk Seri Zurainah binti Musa; dan
  4. YB Senator Dato' Dr. Ahmad Azam bin Hamzah (berkuat kuasa 12 Januari 2023). (viii) YB Puan Lim Hui Ying (sehingga 4 November 2023 kerana meletak jawatan Senator untuk bertanding dalam PRUI 5).

Kementerian/Jabatan Kerajaan yang dijemput sebagai wakil tetap (ex-officio) Jawatankuasa ini:

Kementerian Kewangan;

  1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar;
  2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; (iv) Kementerian Kesihatan;
  1. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan;
  2. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
  3. Kementerian Dalam Negeri;
  4. Majlis Keselamatan Negara;
  5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
  6. Unit Perancang Ekonomi;
  7. Jabatan Peguam Negara.

 


Kemaskini terakhir pada: 11 April 2023 | Hits: 1130

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my