KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS TYPDN OLEH DELEGASI BANGLADESH DAN UPM
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 28 September – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (TYPDN), YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad hari ini menerima kunjungan hormat daripada rombongan Delegasi Bangladesh seramai 30 orang bersama pegawai pengiring dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula jam 9 pagi. 
 
 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (TYPDN), YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad menerima cenderamata kenangan daripada wakil Delegasi Bangladesh, Dr. Muhammad Abu Yusuf.

Delegasi Bangladesh berkenaan terdiri daripada pegawai pentadbiran sektor awam Bangladesh yang mengikuti program latihan “Training of Officers of 96th-97th Law and Administration Course” di bawah kendalian Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Putra Malaysia (UPM). 
 
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memahami peranan Parlimen dalam bidang pentadbiran dan perundangan di Malaysia selain meningkatkan kefahaman mengenai persekitaran sosio-budaya dan politik-ekonomi yang diamalkan negara ini.  
 
Agenda kunjungan hormat dimulakan dengan pertemuan bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (TYPDN), YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad di Bilik Kunjungan Hormat Bangunan Sementara.
 

Sebahagian Delegasi Bangladesh mendengar taklimat mengenai Parlimen Malaysia di Bilik Taklimat Bangunan Sementara.
 
Rombongan kemudiannya dibawa ke Bilik Taklimat Bangunan Sementara untuk diberikan taklimat berkenaan Parlimen Malaysia oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman. 
 
Seterusnya, rombongan diraikan dalam majlis minum pagi bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara di Bilik Jamuan Bangunan Sementara. Di akhir kunjungan, rombongan dibawa melawat ke Dewan Persidangan Parlimen Malaysia.
 

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara (TYPDN), YB Senator Datuk Seri Abdul Halim Abd. Samad bergambar bersama Delegasi Bangladesh dan pegawai pengiring dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
 
Kunjungan hormat tamat sekitar jam 12 tengah hari.

Kemaskini terakhir pada: 4 Oktober 2016 | Hits: 13917

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my