![](/images/webuser/bkk/WhatsApp%20Image%202024-07-04%20at%2010.53.40%20AM.jpeg)
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Dr. Nuriddin Ismoilov, Speaker of the Legislative Chamber of the Oily Majlis of the Republic of Uzbekistan bersama delegasi di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Bangunan Parlimen Malaysia.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan lagi hubungan baik dan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Republik Uzbekistan.
Turut hadir dalam sesi perjumpaan ini ialah YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
2 Julai 2024
Kredit Foto: Julie