Kunjungan Hormat Speaker Dewan Nasional Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Jin-Pyo Teroka Peluang Kerjasama Dua Hala Dalam Kelestarian Alam Dan Produktiviti Teknologi
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

      SIARAN MEDIA

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER DEWAN NASIONAL REPUBLIK KOREA, TUAN YANG TERUTAMA KIM JIN-PYO TEROKA PELUANG KERJASAMA DUA HALA DALAM KELESTARIAN ALAM DAN PRODUKTIVITI TEKNOLOGI

 

Kuala Lumpur, 11 September 2023—Speaker Dewan Nasional Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Jin-Pyo pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia untuk membincangkan kemajuan hubungan dua hala serta rancangan memperkukuh hubungan antara kedua-dua kerajaan Republik Korea dan Malaysia.

Setelah 27 tahun, lawatan rasmi Tuan Yang Terutama Kim ke Malaysia diadakan sejak lawatan pertama beliau pada 1996, terdahulu sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri Republik Korea, Tuan Yang Terutama Rha Woong-bae.

Mesyuarat itu turut dihadiri YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I, YB Sim Tze Tzin (Bayan Baru), YB Rodiyah Binti Sapiee (Batang Sadong), YB Yuneswaran A/L Ramaraj (Segamat), YB Dato' Mumtaz Binti Md Nawi (Tumpat), YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Antara delegasi Republik Korea yang turut hadir bersama Tuan Yang Terutama Kim Jin-Pyo adalah ahli-ahli Dewan Nasional Republik Korea iaitu Tuan Lee Jong Bae, Ms. Nam Insoon, Puan Han Mookyung, Tuan Kim Byungjoo, serta Tuan Yang Terutama Yeo Seungbae, Duta Republik Korea ke Malaysia.

”Dialog ini merupakan peluang yang baik untuk memperbaharui komitmen antara Malaysia dan Republik Korea serta meneroka kerjasama dan kepakaran dalam mempertingkat kelestarian alam serta produktiviti teknologi. Abad ini merupakan Abad Asia. Justeru, saya yakin bahawa kerjasama yang erat antara Republik Korea dan ASEAN akan mewujudkan ruang perbincangan yang terbuka dan konstruktif dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rantau ini agar rakyat dan negara Asia dapat menerima manfaat daripada kerjasama ini,” ucap YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul kepada delegasi Republik Korea yang hadir di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pada awal hari ini, Tuan Yang Terutama Kim telah hadir menyaksikan hari pertama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang tertumpu kepada pembentangan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMKe-12).

 

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir

Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Ke-11

Emel: shaira@parlimen.gov.my | Tel: 03-2601 7462


Kemaskini terakhir pada: 11 September 2023 | Hits: 784

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my