KURSUS MICROSOFT WORD DAN EXCEL DI INSTUN, PERAK
control 1control 2control 3
Jumaat, 3 Oktober 2014 – Pengetahuan asas dalam bidang komputer adalah sangat diperlukan pada masa kini dan ianya sangat membantu di dalam kehidupan hampir setiap manusia samada dalam bidang pendidikan,perniagaan dan pekerjaan. Menyedari hakikat tersebut, Unit Latihan dan Kompetensi, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia & Inovasi, Bahagian Pengurusan telah menganjurkan Kursus Microsoft Word dan Excel bertempat di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim, Perak. Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan Parlimen telah menyertai kursus tersebut yang diadakan selama 3 hari bermula dari 30 September hingga 2 Oktober 2014.
 
Warga Parlimen memberi sepenuh tumpuan semasa sesi kursus dijalankan.
 
Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan menambah pengetahuan warga Parlimen mengenai fungsi Microsoft Word dan Excel dalam penghasilan dokumen kerja yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten. Selain itu, melalui penguasaan yang mantap di dalam kursus ini, ia juga dapat memudahkan kawalan untuk setiap dokumen kerja yang telah dihasilkan.
 
Encik Sulaimi bin Ahmad memberi tunjuk ajar kepada salah seorang peserta kursus.
 
Pada hari pertama kursus, Encik Sulaimi bin Ahmad iaitu Pegawai Teknologi Maklumat di INSTUN telah menyampaikan ceramah yang merangkumi tajuk Pengenalan kepada Microsoft Word 2010, Memformat Dokumen Fungsi-fungsi Asas dan Membina Jadual manakala pada hari kedua, Puan Aminah binti Anuar yang menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan kepada Microsoft Excel 2010, Fungsi-fungsi Asas Excel juga memberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan formula-formula yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Untuk menguji kefahaman setiap peserta kursus, sesi ujian juga telah dijalankan pada hari terakhir.
 
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Microsoft Word dan Excel
 
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Microsoft Word dan Excel telah diadakan pada 2 Oktober 2014 bermula pada jam 1 petang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.Turut hadir ialah kedua-dua penceramah iaitu Encik Sulaimi bin Ahmad dan Puan Aminah binti Anuar. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 2 petang.


Kemaskini terakhir pada: 10 Oktober 2014 | Hits: 18186

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my