Jumaat, 20 September 2013 – Seramai 4 orang Ahli Parlimen Iran telah melawat Parlimen Malaysia bermula pada jam 2.30 petang di antaranya ialah Hon. Mr. Mohamad Hsain Farhangi, Hon. Ahmad Ali Moghimi, Hon. Majid Sar Ghaleh dan Hon. Younatan Bet Kolia.
Di samping itu, seramai 2 orang pegawai dari Kedutaan Iran turut menyertai lawatan ini. Semasa lawatan tersebut, pegawai dari Unit Perhubungan Korporat telah membawa delegasi ini melawat ke sekitar Parlimen Malaysia termasuk ke Dewan Persidangan dan Dewan Negara.
Seterusnya, para delegasi ini telah juga telah meluangkan masa untuk bertemu dengan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara. Semasa perjumpaan tersebut, sesi taklimat ringkas juga telah disampaikan oleh Setiausaha Dewan Negara. Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan Parlimen Malaysia seperti fungsi Parlimen, prosedur perjalanan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Sesi soal jawab ringkas juga telah diadakan.
Lawatan seperti ini sangat penting untuk memberi pendedahan kepada Ahli Parlimen dari luar negara terutamanya mengenai proses dan perjalanan semasa persidangan diadakan di Parlimen Malaysia.