LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN NEGERI PERAK
control 1control 2control 3

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan pertemuan bersama YAB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak di Ipoh, Perak.

Pertemuan ini membincangkan kesejahteraan rakyat seperti pemerkasaan belia antaranya pembangunan belia melalui Parlimen Belia. 

Seterusnya, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak.

Delegasi Parlimen Malaysia telah berpeluang melawat ke Dewan Negeri Perak. Hasil perjumpaan ini, kedua-dua belah pihak saling bertukar pandangan berkenaan amalan demokrasi dan pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan legislatif.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
6 Ogos 2024

Kredit Foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 6 Ogos 2024 | Hits: 751

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/12/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my