Delegasi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah mengadakan sesi lawatan bagi melihat perjalanan pengurusan persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Turut diadakan sesi taklimat kepada pihak JPA yang telah dipengerusikan oleh Encik Riduan bin Rahmat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan, Parlimen Malaysia di Bilik Mesyuarat Utama, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran.
Hadir bersama Pegawai-Pegawai Kanan, Parlimen Malaysia.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
8 Mac 2023