LIMA INDIVIDU ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR, 22 Jun -- Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakubah Khan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.

Selain Yakubah, turut mengangkat sumpah jawatan adalah Setiausaha Kehormat Pergerakan Wanita PBB Sarawak Susan Chemerai Anding; Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak Rita Sarimah Patrick Insol dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bawang Assan Robert Lau Hui Yew.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seorang lagi senator iaitu Datuk Bashir Alias, mengangkat sumpah bagi penggal kedua. 

Ketika ditemui selepas majlis itu, Yakubah berkata beliau akan memanfaatkan peluang sebagai senator untuk mengangkat isu-isu rakyat di Sabah seperti pembangunan, kebanjiran pendatang asing tanpa izin serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Bagi Rita Sarimah, isu wanita, pendidikan luar bandar termasuk pembangunan infrastruktur dan teknologi maklumat, antara yang akan menjadi tumpuannya.

Susan pula berazam untuk membawa aspirasi dan suara rakyat di Sarawak termasuk berkaitan MA63.

Sementara itu, Vigneswaran dalam ucapan aluan berkata pelantikan itu memberi peluang kepada mereka sebagai ahli Dewan Negara untuk memberi khidmat bakti dan sumbangan kepada bangsa dan negara di peringkat badan legislatif tertinggi negara.

Pada majlis angkat sumpah kali terakhir bagi Vigneswaran sebagai Yang Dipertua Dewan Negara, beliau berharap ahli Dewan Negara akan meningkatkan mutu perdebatan dan mematuhi ikrar taat setia.

“Tidak kurang pentingnya pematuhan ahli-ahli yang berhormat kepada lunas-lunas keperibadian mulia dan berketrampilan akan membantu memperkasakan imej Parlimen sebagai sebuah institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi,” katanya. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 22 Jun 2020 | Hits: 3509

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my