MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


Ahli-ahli Dewan Negara merakam gambar bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad.

 

PARLIMEN MALAYSIA – Seramai lapan orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator bagi Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 17 Julai lepas bertempat di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen Malaysia.

Terdapat enam orang Senator baharu ini merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong dan dua daripadanya adalah dipilih daripada Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Kelantan. Tempoh lantikan kesemua Senator baharu ini telah berkuatkuasa bermula 17 Julai 2018 sehingga 16 Julai 2021.


 

Ahli-ahli Dewan Negara yang baharu dilantik merakam gambar bersama setelah selesai Upacara Mengangkat Sumpah sebagai Senator.

 

Mereka yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong adalah:

  1. YB Senator Datuk Haji Ismail bin IbrahimLantikan Yang di-Pertuan Agong

  2. YB Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja AhmadLantikan Yang di-Pertuan Agong

  3. YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin Lantikan Yang di-Pertuan Agong

  4. YB Senator Tuan Haji Marzuki bin YahyaLantikan Yang di-Pertuan Agong

  5. YB Senator Tuan Waytha Moorthy a/l PonnusamyLantikan Yang di-Pertuan Agong

  6. YB Senator Tuan Liew Chin Tong Lantikan Yang di-Pertuan Agong

 

Manakala, mereka yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri adalah :

  1. YB Senator Dato’ Haji Husain bin AwangDipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu

  2. YB Senator Puan Asmak binti HusinDipilih oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 30 Julai 2018 | Hits: 6151

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my