MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


Ahli-ahli Dewan Negara merakam gambar bersama Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad
 

PARLIMEN MALAYSIA –Seramai empat orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara pada 10 Ogos lepas bertempat di Dewan Negara, Blok Utama Parlimen Malaysia.
 

Dua daripada Senator ini merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri Perlis dan tempoh perkhidmatan beliau adalah bermula 25 Julai 2018 hingga 24 Julai 2021.


Senator yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Perlis adalah :

  1. YB Senator Tuan Kamarudin bin Abdun
  2. YB Senator Puan Hajah Sabani binti Mat


YB Senator Tuan Kamarudin bin Abdun mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara

 



YB Senator Puan Hajah Sabani binti Mat mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara

 

Manakala dua yang selebihnya adalah pilihan Dewan Undangan Negeri Pahang dan tempoh perkhidmatan beliau bermula 10 Ogos 2018 hingga 9 Ogos 2021.
 

Senator yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Pahang adalah :

  1. YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker
  2. YB Senator Puan Siti Fatimah binti Yahaya



YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara



YB Senator Puan Siti Fatimah binti Yahaya mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara


Kemaskini terakhir pada: 5 September 2018 | Hits: 6879

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my