MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & TERPUJI 2018, PERSARAAN DAN PERHIMPUNAN DWI BULANAN SESI MAC / APRIL 2019
control 1control 2control 3


YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menyampaikan amanat kepada warga kerja Parlimen Malaysia
 

PARLIMEN MALAYSIA, 26 APRIL - YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Terpuji 2018, Persaraan serta Perhimpunan Dwi Bulanan Sesi Mac dan April 2019 Parlimen Malaysia bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

 

Turut hadir ke majlis ini adalah YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon dan YB Tuan Nga Kor Ming, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBrs. Tuan Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara, YBhg. Datuk Zamani bin Haji Sulaiman Setiausaha Bahagian Pengurusan, Pegawai-pegawai Kanan serta warga kerja Parlimen Malaysia.



YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof merakam gambar bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018
 

Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah dilaksanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubahsuai menerusi PKPA Bil.2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

 

Anugerah ini juga merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.


YB Dato' Haji Mohd Rashid bin Hasnon menyampaikan sijil penghargaan kepada YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah

 

Seramai 27 warga kerja telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan lima orang sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji bagi Tahun 2018.
 

Majlis ini turut meraikan enam orang pesara termasuk YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat yang telah bersara pada 22 Februari 2019 lepas.


Kemaskini terakhir pada: 8 Mei 2019 | Hits: 11332

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my