PARLIMEN MALAYSIA, 13 April – Majlis Anugerah Perkidmatan Cemerlang dan Terpuji 2017 adalah merupakan penghargaan kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkihdmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, Yang Berusaha Tuan Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara, Yang Berbahagia Datuk Zamani Haji Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan serta warga Parlimen. Majlis ini berlangsung dengan jayanya.
Kemaskini terakhir pada: 14 Mei 2018 | Hits: 10965