MAJLIS KHATAM AL-QURAN BERSEMPENA BULAN RAMADHAN 2023/1444H PARLIMEN MALAYSIA
YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) meluangkan masa menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Bersempena Bulan Ramadhan 2023/1444h Parlimen Malaysia di Surau Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Parlimen Malaysia.
Majlis anjuran bersama Biro Agama Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia dan Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil Parlimen Malaysia. Majlis Khatam telah dipimpin oleh YBrs. Ustaz Nor Azman bin Mohamad daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Turut berlangsung sesi penyampaian cenderamata kepada para peserta yang telah disempurnakan YBhg. Datuk KPPM.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
13 April 2023
Kemaskini terakhir pada: 20 April 2023 | Hits: 2759