YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menghadiri Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam Tahun 2023 dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama Pasukan Penyelamat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Malaysia ke Turkiye yang telah berlangsung pada 7 Mac 2023 di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Hadir bersama YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
7 Mac 2023