MAJLIS TAKLIMAT AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS
control 1control 2control 3


YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.



Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas telah berlangsung pada 26 Jun 2018 bertempat di Dewan Bankuet, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
 

Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Datuk Roosme binti Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.


Antara Ahli Parlimen yang hadir ke sesi taklimat
 

Hampir keseluruhan Ahli Dewan Rakyat telah hadir ke sesi taklimat ini. Sesi ini diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan urusan perjalanan sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 18 Julai hingga 16 Ogos akan datang.

 

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Majlis Parlimen Keempat Belas akan bersidang selama 20 hari, di mana Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Rakyat akan berlangsung pada 16 Julai 2018 dan Istiadat Pembukaan Penggal pula akan berlangsung pada 17 Julai 2018.

 


Kemaskini terakhir pada: 29 Jun 2018 | Hits: 10853

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my