MAJLIS TAMAT TEMPOH YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2020 - Parlimen Malaysia telah menganjurkan Majlis Tamat Tempoh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula jam 11.30 pagi. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Tan Sri Dato’ Mohammad Ariff bin Md. Yusof, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Dato’ Haji Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan, Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri JPM (Parlimen dan Undang-Undang), YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Kamis bin Samin, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Ahli-ahli Dewan Negara, seluruh kakitangan Parlimen Malaysia serta para pengamal media.

Dalam majlis tesebut, YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran telah melancarkan Coffee Table Book yang bertajuk “Prevailing Democracy in Malaysian Parliament”. Dalam ucapannya beliau telah mengambarkan kepentingan Dewan Negara dengan berkata “Demi menjaga kepentingan rakyat dan mempertahanankan kemuliaan serta kedaulatan Parlimen atau parliamentary sovereignty, peranan Dewan Negara harus dikekalkan. Sekiranya Senat atau Dewan Negara tidak wujud, suatu fungsi utama Parlimen akan lenyap sebagaimana yang dimaksudkan atau dibayangkan oleh Suruhanjaya Reid”. Beliau turut menyentuh berkenaan peranan Raja Berpelembagaan dengan berkata “Dapat dirumuskan bahawa, dalam sistem Raja Berperlembagaan, institusi Raja di Malaysia masih ada peranan penting dalam beberapa urusan atau pentadbiran negara seperti dimaktubkan Perlembagaan. Apabila krisis politik timbul di akhir bulan Februari 2020, kami telah menyaksikan peranan penting yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia telah menunjukkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja ialah tiang seri yang amat mustahak di negara ini”.

YB Senator Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bekerjasama sepanjang beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang ke-17 bermula dari 26 April 2016 hingga 22 Jun 2020.--PARLIMEN MALAYSIA

 


Last updated: 16 July 2020 | Hits: 1286

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Last Updated: 27/03/2024.
Best viewed 1024 x 768 with Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Copyright Reserved Parliament of Malaysia
Page generated in 0.034 seconds v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my