MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS
NOTA KEPADA PENGARANG
JEMPUTAN :
- PENYIAR RASMI
- KETUA-KETUA PENGARANG MEDIA CETAK/ ELEKTRONIK/ ONLINE
1. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 14 Februari 2023 hingga 30 Mac 2023 dan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Majlis Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Negara akan berlangsung mulai 21 Mac 2023 hingga 06 April 2023 bertempat di Kompleks Parlimen Malaysia.
2. Sehubungan dengan itu, pihak agensi-agensi media yang berdaftar dan diperakui serta mempunyai Kad Perakuan Media oleh Jabatan Penerangan Malaysia yang dibenarkan untuk membuat liputan secara fizikal di Kompleks Parlimen Malaysia mulai 14 Februari 2023 (Selasa).
selewat-lewatnya pada atau sebelum 12 Februari 2022 (Ahad).
4. Kesemua petugas media dari agensi-agensi tersebut hendaklah memastikan pematuhan Arahan Semasa selain tiada sebarang gejala dan diyakini sihat tubuh badan serta amat digalakkan untuk memakai pelitup muka sepanjang berada di Kompleks Parlimen Malaysia.
5. Koleksi gambar sepanjang persidangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara boleh didapatkan daripada Penyiar Rasmi seperti Jabatan Penerangan Malaysia, BERNAMA dan Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia.
6. Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia. Semua petugas media boleh memasuki Kompleks Parlimen mulai jam 7.30 pagi. Dikehendaki memasuki melalui Pintu 7, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
7. Petugas media hendaklah sentiasa berada di Pusat Media, Aras G, Blok Utama, Parlimen Malaysia sepanjang masa dan tidak dibenarkan berada di ruang lobi Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Blok Utama jika tiada keperluan melainkan urusan Sidang Media rasmi yang akan diadakan.
8. Petugas media hendaklah mematuhi MySOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Tatacara Kemasukan Bertugas yang digariskan oleh pihak Parlimen Malaysia.
BAHAGIAN KOMUNIKASI
10 FEBRUARI 2023