Pihak Parlimen Malaysia sentiasa prihatin terhadap keperluan pengamal media yang bertugas sepanjang sidang parlimen berlangsung.
Sehubungan itu bagi memudahkan tugasan pihak media adalah dimaklumkan bahawa segala aktiviti media termasuk sidang media (press conference) akan diadakan secara berpusat di Pusat Media, Aras Bawah, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Selaras dengan tujuan tersebut, pihak media adalah dijemput untuk berada di lokasi yang telah ditetapkan berkuat kuasa 23 Oktober 2023 (Isnin).
Petugas media perlu mempunyai Kad Perakuan Media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
Petugas media dinasihatkan agar menaiki kenderaan agensi / syarikat untuk masuk ke Kompleks Parlimen Malaysia kerana parkir kenderaan yang amat terhad.
PARLIMEN MALAYSIA
22 OKTOBER 2023
Kemaskini terakhir pada: 22 Oktober 2023 | Hits: 1695