Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti Dan Antirasuah (Jkpk Tia) Majlis Dewan Negara
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA 

 

PENYATA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS TADBIR URUS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (JKPK TIA) MAJLIS DEWAN NEGARA: 

PERJAWATAN DI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DAN MAHKAMAH SESYEN KHAS RASUAH

 

Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Majlis Dewan Negara telah membentangkan penyata berkenaan perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Dewan Negara.

Jawataankuasa JKPK TIA di pengerusikan oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan dianggotai oleh YB Senator Datuk John Ambrose, YB Senator Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan, YB Senator Dato’ Vell Paari a/l Tun Samy Vellu, YB
Senator Dato’ Arman Azha bin Abu Hanifah, YB Senator Dato’ Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair, YB Senator Puan Susan Chemerai Anding, YB Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek (sehingga 4 November 2022), dan YB Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Abd Khalid (sehingga 2 November 2022).

Dapatan daripada penyata yang dibentangkan pada 6 April 2023 adalah seperti berikut:

  1. Wujud kekangan dalam pengurusan kes-kes rasuah apabila pihak SPRM tidak mempunyai bilangan pegawai yang mencukupi dalam melaksanakan fungsi mereka sebagai badan pencegahan rasuah utama di Malaysia.
  2. Hakim yang ditempatkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah tidak mempunyai peluang kemajuan kerjaya apabila mereka terpaksa dipindahkan keluar dari Mahkamah Sesyen Khas Rasuah apabila dinaikkan pangkat atau gred, sedangkan kepakaran mereka masih diperlukan untuk menguruskan kes-kes rasuah.
Oleh itu, Jawatankuasa JKPK TIA mengesyorkan perkara berikut untuk diambil perhatian dan Tindakan oleh pihak atasan yang berkenaan iaitu:
  1. Mengesyorkan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya mengkaji inisiatif baharu bagi mengatasi isu perjawatan di SPRM daripada kaedah tukar ganti kepada ‘one-off’ dan memantau pengisian perjawatan secara berkala dalam SPRM.
  2. Mengesyorkan pihak Kerajaan supaya mewujudkan peluang kenaikan pangkat kepada hakim di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan melaksanakan program perantis dalam Badan Kehakiman untuk memastikan pelan penggantian hakim yang pakar dalam menguruskan kes rasuah berjalan dengan lancar.

 

                                                                                          -     TAMAT -

 

YB SENATOR TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM

Yang di-Pertua Dewan Negara

10 April 2023

Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur


Kemaskini terakhir pada: 12 April 2023 | Hits: 1082

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my