YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengadakan perjumpaan bersama YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri di Bilik Kunjungan Hormat, Blok Persidangan, Bangunan Parlimen Malaysia.
Perjumpaan tersebut diadakan bagi membincangkan tentang lawatan kerja Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara ke tiga buah negara di benua Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Tajikistan dan Kazakhstan.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
4 Jun 2024
Kredit foto: Elfin
Kemaskini terakhir pada: 11 Jun 2024 | Hits: 572