YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mempengerusikan Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia hari ini.
Penganjuran PBM merupakan kerjasama antara Parlimen Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Persidangan kali ini melibatkan seramai 99 orang perwakilan serta sebanyak 4 usul akan dibahaskan oleh para perwakilan yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.
Siaran secara langsung juga boleh diikuti melalui FB Live KBSMalaysia/ JBSNegara ( https://www.facebook.com/jbsnegara.official?mibextid=b06tZ0 )
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
16 Ogos 2023