PARLIMEN MALAYSIA, 26 Julai – Parlimen Mahasiswa kini bersidang selama dua hari bermula hari ini dengan penyertaan seramai 210 mahasiswa dari 26 universiti tempatan dari seluruh negara, merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II YB Datuk Ismail Mohamed Said bergambar bersama sebahagian wakil pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen hari ini. Hadir sama, Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah.
Dua isu yang disentuh iaitu usul pertama yang dibahaskan hari ini berkaitan pencapaian semasa dan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi.
Manakala esok, satu usul berkaitan sumbangan dan peranan Mahasiswa dalam pembentukan negara yang cemerlang akan dibahaskan.
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ketika mempengerusikan Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen.
Penggulungan sepenuhnya Persidangan Parlimen Mahasiswa akan diadakan pada 27 Julai oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh.
Selain diberikan peluang berbahas secara berhemah, Persidangan Parlimen Mahasiswa juga merupakan platform terbaik bagi Mahasiswa menimba pengalaman dan memahami proses perbahasan di Parlimen.
Pembahas dari Universiti Teknikal Malaysia Che Mohamad Izzat membentangkan perbahasannya pada Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen.