KUALA LUMPUR : 15 DISEMBER 2021 (Rabu) -- Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Parlimen Malaysia, Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia telah menganjurkan Pertandingan Berbalas Pantun dan Mendeklamasi Sajak Peringkat Parlimen Malaysia yang berlangsung di Perpustakaan Parlimen Malaysia.
Pertandingan ini terbuka kepada kakitangan dan juga petugas Parlimen yang bertugas di Parlimen yang dari pelbagai agensi dan kementerian. Seramai 15 peserta menyertai pertandingan ini yang terdiri dari 6 peserta berbalas pantun dan 9 peserta mendeklamasikan sajak.
YB Dato’ Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, telah dijemput menyempurnakan upacara penutup program ini dan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. Turut hadir YBrs. Puan Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Tuan Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan beberapa kakitangan Parlimen Malaysia.
Program ini juga diserikan dengan kehadiran YBhg. Dr Lim Swee Tin, Sasterawan Negara dan YBhg. Dr Raja Rajeswari Seetha Raman, merupakan pensyarah di sebuah institusi. --BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA
SILA KLIK LINK TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1436&time=2
Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2597