Tn. Riduan Bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara menerima cenderahati daripada Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia.
PARLIMEN MALAYSIA - Telah berlangsung Program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ anjuran Bahagian Penyelidikan dan Perpustakaan Parlimen Malaysia bertempat di Lobi Dewan Rakyat, Blok Utama. Program telah dihadiri oleh Tn. Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara bersama pegawai-pegawai kanan dan staf Parlimen Malaysia. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2018 dan disambut di seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi secara serentak.
Tn. Riduan bin Rahmat, Setiausaha Dewan Negara merakam gambar bersama pegawai-pegawai kanan dan staf Parlimen Malaysia di Lobi Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.
Kemaskini terakhir pada: 26 April 2018 | Hits: 11153